Bentuk Kemerosotan demokrasi

    Maklumat selanjutnya: Hybrid regime

Kemerosotan demokrasi berlaku dalam beberapa situasi. Kemerosotan sering berlaku di bawah pemimpin demokrasi, tetapi menggunakan taktik "bertambah kuasa dan bukannya revolusioner". [5] Seperti yang ditekankan oleh Steven Levitsky dan Daniel Ziblatt, adalah sukar untuk menentukan sesuatu kerajaan tidak lagi demokratik pada satu tempoh, memandangkan proses kemerosotan ini mengambil alih secara "perlahan-lahan, dalam langkah-langkah sukar dikesan". [6] Ozan Varol menggunakan frasa 'autoritarianisme senyap' untuk menggambarkan amalan seorang pemimpin autoritarian (atau bakal pemimpin autoritarian) menggunakan "mekanisme undang-undang yang nampaknya sah untuk tujuan anti-demokrasi ... menyembunyikan sikap anti-demokrasi di bawah topeng undang-undang." [7] Bersama dengan Juan Linz (1996), [8] Levitsky dan Ziblatt membangun dan bersetuju dengan kajian yang merangkumi apa yang dipercayai oleh mereka sebagai empat petunjuk utama seorang autoritarian. Empat faktor ini ialah: penolakan (atau komitmen yang lemah terhadap) peraturan demokrasi, penafian kesahihan pembangkang, berkompromi atau mengalakkan keganasan, dan kesediaan untuk menyekat kebebasan penentang, termasuk media. Varol menerangkan manipulasi undang-undang liberal, undang-undang pilihan raya, atau undang-undang pencegahan keganasan sebagai alat untuk menentang pihak lawan politik, dan penggunaan retorik demokrasi sebagai gangguan daripada amalan anti-demokrasi, sebagai manifestasi autoritarianisme senyap. [7] Sebagai tambahan kepada tanda-tanda utama yang diperoleh daripada tingkah laku pemimpin, Samuel P. Huntington juga menyatakan budaya sebagai faktor utama kepada kemerosotan demokrasi, dan seterusnya berhujah bahawa terdapat budaya tertentu yang memusuhi demokrasi, tetapi mereka tidak semestinya melarang pendemokrasian. . [9]

Rampasan kuasa

Rampasan kuasa dilaksanakan oleh pemimpin tentera untuk menggulingkan kerajaan rakyat kononnya ada penipuan berlaku dan ingin mempertahankan demokrasi. Dalam kes ini, pemimpin tentera kebiasaannya menekankan kepentingan mereka untuk mencampur tangan buat sementara bagi memastikan demokrasi pada masa hadapan, dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya bagi memulihkan demokrasi. Terdapat juga rampasan kuasa tentera yang melaksanakan pilihan raya dengan cepat dan berusaha untuk memulihkan demokrasi.

Pengukuhan atau perluasan kuasa eksekutif

Proses ini meliputi beberapa siri perubahan institusi oleh kerajaan, melemahkan keupayaan pembangkang untuk mencabar kerajaan. Salah satu cara perluasan kuasa eksekutif adalah melalui penggubalan undang-undang dengan agenda tersembunyi iaitu memperluas kuasa kerajaan supaya sukar dipegang akauntabiliti oleh pembangkang dan nampaknya berdemokrasi. [10] [6] Beberapa contoh perluasan kuasa eksekutif ialah kemerosotan kebebasan media dan kelemahan kedaulatan undang-undang seperti apabila kuasa kehakiman terancam. [10]

Hitler memberikan ucapan kepada Reichstag untuk menyokong Akta Pembolehan . Keruntuhan Republik Weimar kepada Nazi Jerman mungkin merupakan contoh kemunduran demokrasi yang paling terkenal. [11]

Dari masa ke masa, rampasan kuasa melalui penyingkiran kerajaan sedia ada ataupun menggantungkan penggunaan perlembagaan semakin berkurang. [10] Ahli sains politik Nancy Bermeo menyatakan bahawa perluasan kuasa eksekutif berlaku dari semasa ke semasa juga, tetapi melalui perubahan institusi yang disahkan melalui cara undang-undang, seperti malalui perhimpunan nasional, referendum kehakiman atau badan perundangan yang sedia ada di mana eksekutif mempunyai kawalan majoriti ke atas badan tersebut." [10] Bermeo menyatakan bahawa kaedah ini menjadikan perluasan kuasa eksekutif boleh dijadikan/dinampakkan sebagai hasil daripada mandat demokratik." [10]

Subversif pilihan raya

Bentuk kemerosotan demokrasi ini mempelihatkan subversi dilakukan terhadap pilihan raya yang bebas dan adil dengan menyekat akses media, membatalkan kelayakan calon pembangkang, dan penindasan pengundi . Perkara ini biasanya berlaku sebelum hari pilihan raya dan kini cenderung dilakukan dengan lebih berperingkat dan lebih perlahan sehingga perubahan itu kelihatan tidak ketara. Ini menjadikan salah laku-salah laku itu sukar dikesan dan dikumpulkan oleh media.[10] Walaupun pengumpulan kuasa lebih berkemungkinan bermula dengan perkembangan linear yang lebih perlahan ini, ia boleh dipercepatkan apabila kuasa pengundi kelihatan terlalu berpecah atau lemah untuk membaiki semua kerosakan yang berlaku kepada institusi.

Rujukan

WikiPedia: Kemerosotan demokrasi http://www.politico.eu/article/democratic-backslid... http://www.demdigest.org/democratic-backsliding-ha... http://journalofdemocracy.org/sites/default/files/... http://worldcat.org/oclc/1155487679 https://reader.foreignaffairs.com/2020/08/10/the-f... https://foreignpolicy.com/2021/02/11/capitol-insur... https://books.google.com/books?id=e5WRDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=6REC58gdt2sC&pg=... https://www.vox.com/the-big-idea/2017/2/21/1466456... https://www.washingtonpost.com/politics/2020/08/14...